Saturday, February 13, 2010
Friday, January 29, 2010
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, kisah seniman yang kehilangan audiensnya. Dia seorang tukang cerita, seorang pelipurlara, namum masa yang berubag, perang yang menghambat kehidupan, menghakis segalanya. Lebih memilukan, tiada waris yang dapat melanjutkan kesenian tradisinya. Itulah Pak Hassan seniman terpinggir, terpaksa menerima hakikat dan takdir, bahawa dia tidak dapat menongkat dunia seni dan idealnya bagi melawan arus kemajuan.
Novel yang indah dan penuh dengan konflik jiwa ini merupakan pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Yayasan Sabah - GAPENA (1979). Novel ini juga telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Urdu.
KUMPULAN DRAMA ANWAR RIDHWAN
Kumpulan drama Anwar Ridhwan ini menghimpunkan 3 buah drama: "Orang-orang kecil", "Yang Menjelma dan Menghilang"' dan "Pulang", yang memancarkan idea dan pemikiran pengarangnya, Sasterawan Negara Anwar Ridhwan.
Drama "Orang-orang Kecil" merupakan drama alegori tentang kuasa dan kepimpinan yang dijelmakan pada ruang simbolik yang lebih kecil. Drama "Yang Menjelma dan Menghilang" mengetengahkan jalinan dunia real dengan dunia surreal pada masa kini dan masa lampau. Drama "Pulang" pula mempertentangkan idea seorang nasionalis sebelum merdeka dengan sekelompok masyarakat yang mula terbiasa dengan kehidupan gaya kolonial. Drama pascakolonial ini turut mengetengahkan isu bahasa, pendidikan, sosial dan semangat kebangsaan melalui naratif yang menghiburkan.
Skrip drama "Orang-orang Kecik " dan "Yang Menjelma dan menghilang" telah memenangi Hadiah Utama Peraduan Menulis Drama Yayasan Seni-Berita Harian 1990. Ketiga-tiga drama ini pernah dipentaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)